Warisan Kearifan Tempatan: Pemeliharaan Melalui Teknologi (Penerbit USM)

Warisan Kearifan Tempatan: Pemeliharaan Melalui Teknologi (Penerbit USM) PDF Author: Norfarizah Mohd Bakhir
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9674612300
Category :
Languages : ms
Pages : 174

Get Book Here

Book Description
Ilmu kearifan tempatan merangkumi kebijaksanaan, pengetahuan, kepercayaan, nilai, amalan, ajaran dan budaya masyarakat Melayu pada masa lalu. Kebanyakan kes ilmu kearifan tempatan adalah unik di sesuatu tempat sahaja. Kebiasaannya, ia dipindahkan secara lisan daripada satu generasi kepada satu generasi seterusnya dan warisan budaya tempatan ini juga banyak yang telah hilang seiring dengan peredaran masa. Namun, masih tidak terlalu lewat untuk dilaksanakan usaha pemeliharaannya. Ilmu kearifan tempatan perlu dikekalkan dengan meneroka penggunaan teknologi pada masa kini. Usaha ini penting untuk memastikan kelestarian sumber budaya ketara dan tidak ketara pada masa hadapan. Buku Warisan Kearifan Tempatan: Pemeliharaan Melalui Teknologi meneroka perihal ilmu kearifan tempatan yang menumpukan kepada penggunaan teknologi sebagai medium untuk memulihara seni dan warisan. Selain itu, buku ini juga menumpukan tentang kepentingan dan keberkesanan penggunaan teknologi dan perkaitannya dengan generasi muda sekarang dalam memelihara ilmu kearifan tempatan ini.

Warisan Kearifan Tempatan: Pemeliharaan Melalui Teknologi (Penerbit USM)

Warisan Kearifan Tempatan: Pemeliharaan Melalui Teknologi (Penerbit USM) PDF Author: Norfarizah Mohd Bakhir
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9674612300
Category :
Languages : ms
Pages : 174

Get Book Here

Book Description
Ilmu kearifan tempatan merangkumi kebijaksanaan, pengetahuan, kepercayaan, nilai, amalan, ajaran dan budaya masyarakat Melayu pada masa lalu. Kebanyakan kes ilmu kearifan tempatan adalah unik di sesuatu tempat sahaja. Kebiasaannya, ia dipindahkan secara lisan daripada satu generasi kepada satu generasi seterusnya dan warisan budaya tempatan ini juga banyak yang telah hilang seiring dengan peredaran masa. Namun, masih tidak terlalu lewat untuk dilaksanakan usaha pemeliharaannya. Ilmu kearifan tempatan perlu dikekalkan dengan meneroka penggunaan teknologi pada masa kini. Usaha ini penting untuk memastikan kelestarian sumber budaya ketara dan tidak ketara pada masa hadapan. Buku Warisan Kearifan Tempatan: Pemeliharaan Melalui Teknologi meneroka perihal ilmu kearifan tempatan yang menumpukan kepada penggunaan teknologi sebagai medium untuk memulihara seni dan warisan. Selain itu, buku ini juga menumpukan tentang kepentingan dan keberkesanan penggunaan teknologi dan perkaitannya dengan generasi muda sekarang dalam memelihara ilmu kearifan tempatan ini.

Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 1 - Berasal dari Akar (Penerbit USM)

Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 1 - Berasal dari Akar (Penerbit USM) PDF Author: Nazarudin Zainun
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9838616737
Category : Social Science
Languages : ms
Pages : 441

Get Book Here

Book Description
Dalam mengejar arus kemajuan tidak dinafikan terdapat dalam kalangan kita tidak mengetahui dan mungkin juga tidak peka dengan keadaan sosiobudaya dan kepakaran serta kearifan tempatan yang dimiliki masyarakatnya sendiri khususnya masyarakat Melayu. Bermula daripada kepakaran yang diwarisi dari generasi terdahulu kemudiannya telah berkembang dan diinovasikan untuk terus diamalkan oleh generasi masa kini. Kekayaan serta keunikan pelbagai kearifan tempatan ini wajar untuk dilestarikan supaya diketahui, dikenali dan dihayati bersama agar warisan tinggalan pemikiran unggul generasi terdahulu 'tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan'. Oleh itu, bertepatan dengan objektif yang ingin dicapai, penghasilan buku ini mengetengahkan empat subkearifan tempatan iaitu budaya, sejarah, perubatan tradisional dan pelancongan yang berjaya dibedah dan dikupas dengan begitu menarik untuk menimbulkan keunikan yang kita miliki. Melalui keunikan inilah kita berdiri dan berbangga sebagai rakyat Malaysia yang diharapkan dapat melestarikan warisan kearifan tempatannya. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Warisan kearifan tempatan

Warisan kearifan tempatan PDF Author:
Publisher:
ISBN: 9789674612214
Category :
Languages : ms
Pages : 144

Get Book Here

Book Description


Wacana Warisan, Pelancongan Dan Seni Dalam Kearifan Tempatan (Penerbit USM)

Wacana Warisan, Pelancongan Dan Seni Dalam Kearifan Tempatan (Penerbit USM) PDF Author: Nazarudin Zainun
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9838619299
Category : Art
Languages : ms
Pages : 360

Get Book Here

Book Description
Buku ini mengandungi 14 makalah yang dibahagikan ke dalam tiga bahagian seperti tercermin dalam judulnya. Bahagian I di bawah tema Warisan mengandungi lima makalah dan mengetengahkan tema warisan. Membahas tentang migrasi orang Melayu ke Australia berdasarkan kearifan bangsanya, identiti sosial dan kuasa dalam sistem politik Melayu; resolusi berasaskan cara lama dalam Sumpahan Pocong, disintegrasi Melayu dan perlindungan belantara dalam kearifan bangsa di rantau ini. Dalam bahagian II di bawah tema Pelancongan juga terdapat lima makalah. Menongkah sebagai produk budaya untuk pelancongan, kempen kepentingan warisan dalam pelancongan, ekopelancongan di Kuala Sepetang, warisan beca dalam pelancongan dan potensi Muar sebagai destinasi pelancongan. Bahagian terakhir, iaitu bahagian III di bawah tema Seni memuatkan empat makalah yang mengandungi perkampungan kraftangan di Kelantan, seni pertukangan Cina dalam reka bentuk masjid di Melaka, rumah tradisional Negeri Sembilan dan adaptasi seni bina dalam pentadbiran Turki Utmaniyyah sorotan terhadap kearifan tempatan. Kesemuanya ini ialah hasil penyelidikan para akademik dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan ilmu kearifan tempatan di rantau ini. Jadi secara keseluruhannya tidak kira dalam bidang apa sekalipun, kesemuanya ada hubung kait dengan kearifan tempatan. Hal ini tentunya melambangkan sumbangan ilmu masyarakat lampau di rantau ini telah berkembang dalam hampir kesemua bidang ilmu. Terdapat banyak manfaat yang boleh diperoleh daripada buku ini.

Kearifan Tempatan dan Kelestarian Masa Depan

Kearifan Tempatan dan Kelestarian Masa Depan PDF Author: Norfarizah Mohd Bakhir
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9674618864
Category : Social Science
Languages : en
Pages : 193

Get Book Here

Book Description
Kearifan Tempatan dan Kelestarian Masa Depan meneroka perihal ilmu kearifan tempatan tentang amalan memelihara dan mengekalkan warisan budaya, sejarah dan persekitaran semula jadi dengan cara memastikan daya maju dan ketersediaan jangka panjangnya untuk generasi akan datang. Kelestarian dalam warisan adalah penting dan meliputi pemeliharaan budaya, tanggungjawab terhadap alam sekitar dan faedah ekonomi. Prinsip asas kemapanan dalam warisan boleh meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat, mencari kegunaan baharu yang mapan untuk warisan, dan melaksanakan amalan mesra alam untuk melindungi persekitaran semula jadi yang berkaitan dengan tapak warisan. Perbincangan yang diketengahkan dapat dilihat sebagai usaha para penyelidik memelihara dan melestarikan ilmu kearifan tempatan. Melalui integrasi ilmu kearifan tempatan dan teknologi, keseimbangan yang mampu memberikan impak positif kepada masyarakat dapat dicapai dan dinikmati serta terus dipelihara untuk masa depan.

Kearifan Tempatan: Dari Lisan Ke Aksara Dan Media (Penerbit USM)

Kearifan Tempatan: Dari Lisan Ke Aksara Dan Media (Penerbit USM) PDF Author: Rahimah A. Hamid
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9838619353
Category : Language Arts & Disciplines
Languages : ms
Pages : 229

Get Book Here

Book Description
Buku ini mengandungi 12 buah esei yang membincangkan kearifan tempatan orang Melayu di rantau ini. Setiap esei memperlihatkan tiap suatu peristiwa bermula dengan pertuturan lisan yang selanjutnya berkembang menjadi tradisi lisan, dan akhirnya peristiwa-peristiwa itu disuratkan atau diterbitkan dalam bentuk media elektronik, termasuklah juga untuk dijadikan buku ini.Membaca buku ini akan menyebabkan khalayak pembaca dibawa mengembara ke akar sastera rakyat Melayu dengan cerita hantu dan perinya, cerita-cerita lisan yang dituturkan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya, kepandaian Melayu dalam seni kraftangan dan seni bela diri, dan akhirnya ketangkasan akal Melayu dalam memperlihatkan nilai-nilai kehidupan, kepimpinan, adat, budaya, agama dan bangsanya melalui tuturnya dalam pantun Melayu. Dalam erti kata lain, buku ini mampu membawa khalayak pembaca untuk mengenal beberapa perkara yang mendasari akal budi bangsa Melayu.Membaca buku ini akan menyebabkan khalayak pembaca dibawa mengembara ke akar sastera rakyat Melayu dengan cerita hantu dan perinya, cerita-cerita lisan yang dituturkan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya, kepandaian Melayu dalam seni kraftangan dan seni bela diri, dan akhirnya ketangkasan akal Melayu dalam memperlihatkan nilai-nilai kehidupan, kepimpinan, adat, budaya, agama dan bangsanya melalui tuturnya dalam pantun Melayu. Dalam erti kata lain, buku ini mampu membawa khalayak pembaca untuk mengenal beberapa perkara yang mendasari akal budi bangsa Melayu.

Ilmu, Tradisi Dan Kelestarian Dalam Kearifan Tempatan (Penerbit USM)

Ilmu, Tradisi Dan Kelestarian Dalam Kearifan Tempatan (Penerbit USM) PDF Author: Salasiah Che Lah
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9838619884
Category :
Languages : ms
Pages : 229

Get Book Here

Book Description
Ilmu kearifan tempatan komuniti Melayu dan komuniti etnik lain adalah sesuatu yang sangat berharga dan patut diketengahkan untuk dipelihara dan dipindahkan kepada generasi yang akan datang. Ia sepatutnya menjadi warisan kebanggaan serantau sebagai sesuatu yang tak lapuk dek panas, dan tak lekang dek hujan. Oleh itu, Ilmu, Tradisi dan Kelestarian dalam Kearifan Tempatan membincangkan ilmu kearifantempatan ini daripada aspek pendidikan, sama ada pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Selain itu, pemindahan dan pemeliharaan ilmu yang lebih sistematik juga diutarakan agar kelestarian ilmu ini dapat dikekalkan sebagai rujukan pada masa akan datang.

Masyarakat Nusantara dalam Budaya: Warisan dan Sejarah (Penerbit USM)

Masyarakat Nusantara dalam Budaya: Warisan dan Sejarah (Penerbit USM) PDF Author: Nazaruddin Zainun
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9674611797
Category :
Languages : ms
Pages : 171

Get Book Here

Book Description
Buku yang mengandungi tujuh buah makalah ini telah mendefinisikan ilmu kearifan tempatan dalam pelbagai perspektif ilmu. Kesemua perkara yang terkandung di dalamnya menyentuh aspek berkaitan masyarakat tempatan dan lingkungannya. Kekayaan budaya lokal ini tercermin melalui kajian dan penulisan makalah yang menghubungkan kearifan tempatan dengan pelbagai dimensi seperti budaya Melayu dan keturunan Jawa, seni kraf, adat perkahwinan, sosioekonomi, sosiobudaya, arkeologi, seni reka dan makanan tradisi. Selain itu, buku ini akan mengangkat kearifan tempatan sebagai potensi pelancongan dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang terlibat. Dalam penjelasan yang berbeza, ia turut dibahaskan dalam aspek tertentu dalam Islam untuk menjelaskan nilai tambah definisi kearifan tempatan itu sendiri. Tentunya, ia memberi satu pengertian bahawa kearifan tempatan itu luas sifatnya dan sumbangannya tidak terhad kepada pentafsiran dan pemahaman satu cabang disiplin ilmu sahaja. Keterbukaan inilah yang mampu membangunkan semula takrif kearifan tempatan dan menangkis paradigma-paradigma yang menyimpang daripada nilai-nilai kearifan tempatan.

Kearifan Tempatan: Merekayasa Kearifan Tempatan Budaya, Pelancongan Arkeologi dan Sejarah (Penerbit USM)

Kearifan Tempatan: Merekayasa Kearifan Tempatan Budaya, Pelancongan Arkeologi dan Sejarah (Penerbit USM) PDF Author: Nazarudin Zainun
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9838618314
Category :
Languages : ms
Pages : 383

Get Book Here

Book Description
Malaysia sememangnya kaya dengan adat, budaya, bangsa dan sebagainya yang lahir daripada kearifan tempatan yang dimiliki masyarakat dahulu dan diteruskan dan diinovasikan oleh masyarakat kini. Bersesuaian dengan pepatah “tiada yang dulu, tiada yang kini”, maka buku ini memuatkan kearifan tempatan yang dimiliki oleh masyarakat dahulu daripada pelbagai sudut seperti undang-undang, ekonomi, pelancongan, makanan tradisional dan persenjataan. Beberapa orang penulis pula membuat perbandingan kearifan yang dimiliki masyarakat dahulu dengan kebijaksanaan masyarakat kini mengolah kearifan tersebut hingga mencetuskan inovasi yang kreatif dan kritis, seterusnya membantu kelangsungan hidup masyarakat kini.

Merekayasa Kearifan Tempatan: Citra Seni dalam Teknologi (Penerbit USM)

Merekayasa Kearifan Tempatan: Citra Seni dalam Teknologi (Penerbit USM) PDF Author: Mohd Kipli Abdul Rahman
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9838618306
Category : Ethnoscience
Languages : ms
Pages : 373

Get Book Here

Book Description
Keindahan seni dan keunikan teknologi dalam kehidupan masyarakat di Nusantara khasnya masyarakat Melayu yang saling berbaur menjadikannya unggul dalam kelas yang tersendiri. Telahan ilmu yang berteraskan kearifan tempatan ditekuni melalui pelbagai disiplin yang dikelompokkan sebagai alam sejarah, alam sastera, alam pendidikan, alam masyarakat desa, alam perubatan tradisional, alam rohaniah, alam seni, alam pembinaan, alam perkapalan dan perniagaan, alam pengurusan/adat tradisional Melayu, alam air, alam belantara dan alam pertanian. Sesungguhnya, galuran ilmu yang luas ini telah memungkinkan terhasilnya teks berbahasa Melayu yang mengangkat judul Merekayasa Kearifan Tempatan: Citra Seni dalam Teknologi. Persembahan buku ini dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Bahagian I: Ilmu Seni Alam, Bahagian II: Teknologi Seni Persembahan, Bahagian III: Teknologi Seni Warisan dan Bahagian IV: Teknologi Seni Reka Bentuk. Perihalan kearifan tempatan yang terpancar bukan sahaja memperlihatkan kebijaksanaan masyarakat Melayu memanfaatkan alam seninya; malah menghubungkaitkannya dengan merekayasa seni dalam teknologi bagi penghasilan ilmu baharu.