Amalan Kearifan Tempatan dalam Masyarakat Melayu/Nusantara (Penerbit USM)

Amalan Kearifan Tempatan dalam Masyarakat Melayu/Nusantara (Penerbit USM) PDF Author: Salbani Ahmad Moghni
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9838618292
Category : Ethnoscience
Languages : ms
Pages : 225

Get Book Here

Book Description
Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Amalan Kearifan Tempatan dalam Masyarakat Melayu/Nusantara (Penerbit USM)

Amalan Kearifan Tempatan dalam Masyarakat Melayu/Nusantara (Penerbit USM) PDF Author: Salbani Ahmad Moghni
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9838618292
Category : Ethnoscience
Languages : ms
Pages : 225

Get Book Here

Book Description
Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Amalan kearifan tempatan dalam masyarakat Melayu/Nusantara

Amalan kearifan tempatan dalam masyarakat Melayu/Nusantara PDF Author: Ahmad Moghni Salbani
Publisher:
ISBN: 9789838616300
Category : Ethnoscience
Languages : ms
Pages : 128

Get Book Here

Book Description


Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 1 - Berasal dari Akar (Penerbit USM)

Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 1 - Berasal dari Akar (Penerbit USM) PDF Author: Nazarudin Zainun
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9838616737
Category : Social Science
Languages : ms
Pages : 441

Get Book Here

Book Description
Dalam mengejar arus kemajuan tidak dinafikan terdapat dalam kalangan kita tidak mengetahui dan mungkin juga tidak peka dengan keadaan sosiobudaya dan kepakaran serta kearifan tempatan yang dimiliki masyarakatnya sendiri khususnya masyarakat Melayu. Bermula daripada kepakaran yang diwarisi dari generasi terdahulu kemudiannya telah berkembang dan diinovasikan untuk terus diamalkan oleh generasi masa kini. Kekayaan serta keunikan pelbagai kearifan tempatan ini wajar untuk dilestarikan supaya diketahui, dikenali dan dihayati bersama agar warisan tinggalan pemikiran unggul generasi terdahulu 'tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan'. Oleh itu, bertepatan dengan objektif yang ingin dicapai, penghasilan buku ini mengetengahkan empat subkearifan tempatan iaitu budaya, sejarah, perubatan tradisional dan pelancongan yang berjaya dibedah dan dikupas dengan begitu menarik untuk menimbulkan keunikan yang kita miliki. Melalui keunikan inilah kita berdiri dan berbangga sebagai rakyat Malaysia yang diharapkan dapat melestarikan warisan kearifan tempatannya. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 3 - Meneliti Khazanah Sastera, Bahasa dan Ilmu (Penerbit USM)

Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 3 - Meneliti Khazanah Sastera, Bahasa dan Ilmu (Penerbit USM) PDF Author: Rahimah A. Hamid
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9838616729
Category : Social Science
Languages : ms
Pages : 373

Get Book Here

Book Description
Buku ini membentangkan kearifan tempatan masyarakat Nusantara, khususnya orang Melayu yang terbentuk dan berkembang hari demi hari sehingga akhirnya menjadi suatu ilmu yang membudaya dalam kehidupan mereka. Pengalaman, tuntutan hidup dan latar geografi ketika meniti kehidupan itulah yang telah membentuk dan menumbuhkan pelbagai ilmu yang sesuai dengan suasasa kehidupan masyarakat di Nusantara ini. Ilmu yang berfokuskan kearifan tempatan masyarakat Nusantara ini boleh ditekuni melalui pelbagai disiplin yang dikelompokkan sebagai alam sejarah, alam sastera, alam pendidikan, alam masyarakat desa, alam perubatan tradisional, alam rohaniah, alam seni, alam pembinaan, alam perkapalan dan perniagaan, alam pengurusan/adat tradisional Melayu, alam air, alam belantara dan alam pertanian. Oleh sebab disiplin kajian tentang kearifan tempatan ini begitu luas, maka buku ini dikhususkan hanya kepada kearifan tempatan masyarakat Nusantara yang meliputi bidang sastera, bahasa dan perkembangan ilmu yang berkaitan dengan bidang ini sahaja. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 2 - Meneliti Kosmologi dan Adat Istiadat (Penerbit USM)

Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 2 - Meneliti Kosmologi dan Adat Istiadat (Penerbit USM) PDF Author: Mohd Kipli Abdul Rahman
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9838616745
Category : Social Science
Languages : ms
Pages : 374

Get Book Here

Book Description
Buku ini menzahirkan upaya untuk menjadikan epistemologi tempatan sebagai salah satu transformasi sosial yang secara tidak langsung mengetengahkan pengalaman dan gambaran tentang bidang kearifan tempatan masyarakat Nusantara ini telah berkembang dari semasa ke semasa dan kemudiannya telah membudaya dalam kalangan masyarakat. Namun, hal ini kurang disedari oleh masyarakat tempatan sendiri. Oleh itu, Kumpulan Kearifan Tempatan, Universiti Sains Malaysia mengambil inisiatif untuk menampilkan semula kebijaksanaan tempatan yang tidak kita sedari kewujudannya ini. Tiga objektif utama dikemukakan, iaitu mengenal pasti dan menyusuri semula kearifan tempatan, memperkenalkan kearifan tempatan semasa serta memelihara dan memulihara kearifan tempatan. Ilmu kearifan tempatan yang ditekuni merangkumi pelbagai disiplin yang dikelompokkan ke dalam beberapa alam, seperti dalam sejarah, alam sastera, alam pendidikan, alam masyarakat desa, alam perubatan tradisional, alam rohaniah, alam seni, alam pembinaan, alam perkapalan dan perniagaan, alam pengurusan/adat tradisional Melayu, alam air, alam belantara dan alam pertanian. Rentetan daripada itu, buku ini menyajikan teks berbahasa Melayu yang mengangkat judul Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara - Meneliti Kosmologi dan Adat Istiadat. Buku ini dipersembahkan dalam tiga bahagian yang menekuni ilmu kearifan tempatan dalam disiplin seni persembahan, seni visual dan kosmologi dan adat istiadat.

Warisan Kearifan Tempatan: Pemeliharaan Melalui Teknologi (Penerbit USM)

Warisan Kearifan Tempatan: Pemeliharaan Melalui Teknologi (Penerbit USM) PDF Author: Norfarizah Mohd Bakhir
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9674612300
Category :
Languages : ms
Pages :

Get Book Here

Book Description
Ilmu kearifan tempatan merangkumi kebijaksanaan, pengetahuan, kepercayaan, nilai, amalan, ajaran dan budaya masyarakat Melayu pada masa lalu. Kebanyakan kes ilmu kearifan tempatan adalah unik di sesuatu tempat sahaja. Kebiasaannya, ia dipindahkan secara lisan daripada satu generasi kepada satu generasi seterusnya dan warisan budaya tempatan ini juga banyak yang telah hilang seiring dengan peredaran masa. Namun, masih tidak terlalu lewat untuk dilaksanakan usaha pemeliharaannya. Ilmu kearifan tempatan perlu dikekalkan dengan meneroka penggunaan teknologi pada masa kini. Usaha ini penting untuk memastikan kelestarian sumber budaya ketara dan tidak ketara pada masa hadapan. Buku Warisan Kearifan Tempatan: Pemeliharaan Melalui Teknologi meneroka perihal ilmu kearifan tempatan yang menumpukan kepada penggunaan teknologi sebagai medium untuk memulihara seni dan warisan. Selain itu, buku ini juga menumpukan tentang kepentingan dan keberkesanan penggunaan teknologi dan perkaitannya dengan generasi muda sekarang dalam memelihara ilmu kearifan tempatan ini.

Nusantara daripada Pelbagai Perspektif Kearifan Tempatan (Penerbit USM)

Nusantara daripada Pelbagai Perspektif Kearifan Tempatan (Penerbit USM) PDF Author: Nazaruddin Zainun
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9674611711
Category :
Languages : ms
Pages :

Get Book Here

Book Description
Buku ini telah merangkumkan ilmu kearifan tempatan yang ditekuni dalam wilayah Nusantara daripada pelbagai perspektif dalam usaha untuk melestarikan ilmu kearifan tempatan. Buku yang mengandungi lapan buah makalah ini membahaskan ilmu kearifan tempatan dalam pelbagai disiplin ilmu termasuk aspek arkeologi, sejarah, antropologi, sosiologi, warisan dan sebagainya. Aspek kepelbagaian khazanah dilihat bertemu sebagai khazanah kearifan tempatan dalam pelbagai budaya serantau di Nusantara. Perbincangan turut menyentuh tentang migrasi orang asli Kuala (Duano), perbahasan tentang cangkerang moluska sebagai perhiasan badan dan diet masyarakat Zaman Logam. Turut dibincangkan tentang etnik Kadazandusun dan budayanya. Penggunaan sumber asli dan kearifan tempatan di Kampung Telok Melano dan Kampung Telok Serabang turut membabitkan aspek seperti sosiobudaya, seni bina dan sejarah. Sementara di Nusantara, perbincangan menjurus kepada seni bina Masjid Agung Banten yang jelas memaparkan ilmu kearifan tempatan. Selain itu, kearifan memanfaatkan sumber hutan juga dibincangkan yang melibatkan masyarakat Jahai. Penemuan arkeologi di Lembah Bujang juga dibincangkan sebagai antara lokasi peradaban terawal manusia di Nusantara. Akhir sekali, naskhah ini turut memaparkan tentang sejarah pedalangan wayang Melayu sebagai salah satu khazanah kearifan tempatan di Nusantara.

Masyarakat Nusantara dalam Budaya: Warisan dan Sejarah (Penerbit USM)

Masyarakat Nusantara dalam Budaya: Warisan dan Sejarah (Penerbit USM) PDF Author: Nazaruddin Zainun
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9674611797
Category :
Languages : ms
Pages :

Get Book Here

Book Description
Buku yang mengandungi tujuh buah makalah ini telah mendefinisikan ilmu kearifan tempatan dalam pelbagai perspektif ilmu. Kesemua perkara yang terkandung di dalamnya menyentuh aspek berkaitan masyarakat tempatan dan lingkungannya. Kekayaan budaya lokal ini tercermin melalui kajian dan penulisan makalah yang menghubungkan kearifan tempatan dengan pelbagai dimensi seperti budaya Melayu dan keturunan Jawa, seni kraf, adat perkahwinan, sosioekonomi, sosiobudaya, arkeologi, seni reka dan makanan tradisi. Selain itu, buku ini akan mengangkat kearifan tempatan sebagai potensi pelancongan dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang terlibat. Dalam penjelasan yang berbeza, ia turut dibahaskan dalam aspek tertentu dalam Islam untuk menjelaskan nilai tambah definisi kearifan tempatan itu sendiri. Tentunya, ia memberi satu pengertian bahawa kearifan tempatan itu luas sifatnya dan sumbangannya tidak terhad kepada pentafsiran dan pemahaman satu cabang disiplin ilmu sahaja. Keterbukaan inilah yang mampu membangunkan semula takrif kearifan tempatan dan menangkis paradigma-paradigma yang menyimpang daripada nilai-nilai kearifan tempatan.

Dinamisme Etnik dan Sosiobudaya Melayu (Penerbit USM)

Dinamisme Etnik dan Sosiobudaya Melayu (Penerbit USM) PDF Author: Nazaruddin Zainun
Publisher: Penerbit USM
ISBN:
Category :
Languages : ms
Pages :

Get Book Here

Book Description
Dinamisme Etnik dan Sosiobudaya Melayu Buku ini mengandungi lapan makalah yang definisi kearifan tempatan tercermin melalui judulnya. Ia memperlihatkan kearifan tempatan dalam pelbagai sudut ilmu sebagai pembuktian yang jelas daripada kandungan makalah yang pertama hingga yang terakhir. Nyata, yang dinamakan kearifan tempatan yang ada itu tidaklah sempit ruang lingkupnya, sebaliknya mampu merentasi sempadan Nusantara. Malah, Malaysia sendiri kaya dengan budaya dan etniknya sendiri terutama di Sabah dan Sarawak. Hal ini juga menjadi simbolik bahawa kearifan tempatan itu mampu menghubungkan kearifan tempatan dan dunia Melayu dengan masyarakat di rantau Asia seperti masyarakat Jawa dan Vietnam. Takrif ini dikuatkan melalui perbincangan yang terdapat dalam buku ini iaitu aspek bahasa, tradisi, manuskrip, arkeologi tempatan, kesenian sama ada seni ukir mahupun seni bina. Kesemua ini merupakan gabungan cambahan idea dan penyelidik daripada para akademik dalam mempelbagaikan bidang yang berkaitan dengan ilmu kearifan tempatan di rantau ini.

Kearifan Tempatan: Dari Lisan Ke Aksara Dan Media (Penerbit USM)

Kearifan Tempatan: Dari Lisan Ke Aksara Dan Media (Penerbit USM) PDF Author: Rahimah A. Hamid
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9838619353
Category : Language Arts & Disciplines
Languages : ms
Pages : 229

Get Book Here

Book Description
Buku ini mengandungi 12 buah esei yang membincangkan kearifan tempatan orang Melayu di rantau ini. Setiap esei memperlihatkan tiap suatu peristiwa bermula dengan pertuturan lisan yang selanjutnya berkembang menjadi tradisi lisan, dan akhirnya peristiwa-peristiwa itu disuratkan atau diterbitkan dalam bentuk media elektronik, termasuklah juga untuk dijadikan buku ini.Membaca buku ini akan menyebabkan khalayak pembaca dibawa mengembara ke akar sastera rakyat Melayu dengan cerita hantu dan perinya, cerita-cerita lisan yang dituturkan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya, kepandaian Melayu dalam seni kraftangan dan seni bela diri, dan akhirnya ketangkasan akal Melayu dalam memperlihatkan nilai-nilai kehidupan, kepimpinan, adat, budaya, agama dan bangsanya melalui tuturnya dalam pantun Melayu. Dalam erti kata lain, buku ini mampu membawa khalayak pembaca untuk mengenal beberapa perkara yang mendasari akal budi bangsa Melayu.Membaca buku ini akan menyebabkan khalayak pembaca dibawa mengembara ke akar sastera rakyat Melayu dengan cerita hantu dan perinya, cerita-cerita lisan yang dituturkan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya, kepandaian Melayu dalam seni kraftangan dan seni bela diri, dan akhirnya ketangkasan akal Melayu dalam memperlihatkan nilai-nilai kehidupan, kepimpinan, adat, budaya, agama dan bangsanya melalui tuturnya dalam pantun Melayu. Dalam erti kata lain, buku ini mampu membawa khalayak pembaca untuk mengenal beberapa perkara yang mendasari akal budi bangsa Melayu.